June 6, 2011

Masih tersenyum :)

Kadangkala,aku menangisi sebuah kehilangan,
seolah-olah aku tidak lagi punyai apa-apa.
tapi benarkah aku telah hilang segalanya?

Seringkali,aku meratapi sebuah kedukaan,
seakan-akan aku tidak pernah mengecap bahagia.
tapi benarkah hidup aku hanya ada derita?

Yang pergi, biarkan pergi.Yang hilang,pastikan berganti.
Jangan berlebihan menangisi.Usah terlalu meratapi.


Lihat pada dirimu,
pandang pada sekelilingmu,
masih ada banyak sebab untukku tersenyum,
sedangkan mungkin hanya ada satu alasan untukku menangis

Ukirlah senyuman yang paling manis...,
kerana selain sedekah senyuman itu ibarat
lukisan rahsia hati....,senyuman itu tidak menyakitkan
tapi sebagai penawar hati yang lara.

::Khairunnisa khadari



No comments:

Post a Comment